Pages

Thursday, January 6, 2011

Kerana Allah, Kerana Amarah.

sekian lama saya bercuti di kampung halaman, akhirnya selamat juga kembali ke hostel. sungguh panjang tempoh percutian kali ini memandangkan cuti ini merupakan cuti semester akhir yakni November-Disember. pelbagai perkara yang saya lakukan dan lalui dalam cuti ini seperti  dalam entri sebelum ini. minggu pertama sesi pembelajaran bermula, saya bersama dengan teman seangkatan yang lain telah didedahkan dimana apakah itu PISMP. sesi taklimat ini telah berjalan selama dua hari. macam-macam  taklimat yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah dan pegawai-pegawai di IPG ini. kita akui, dalam sesi-sesi taklimat sebegini sering diri merasa mengantuk dengan mendengar omongan-omongan daripada mereka ini. tidak terkecuali diri saya. oleh itu puas saya memikirkan bagaimana cara untuk tidak terlelap didalam sesi taklimat tersebut. terlintas difikiran, saya ada membawa novel Salahuddin Al-Ayubi dan setelah membelek didalam beg, memang ada. terus saya membuka dan sambung dimana muka surat akhir yang telah saya berhenti.
dalam satu petikan novel tersebut saya telah tertarik dengan satu kisah ini, dimana Sultan Salahuddin telah mendengar lontaran buah-buah fikiran daripada panglima-panglimanya akan apakah cara yang terbaik untuk tentera Islam menawan Kota Jerusalem(Baitulmaqdis) dengan sesempurnanya. salah seorang daripada panglima tersebut berkata:

"mengapa kita tidak serang sahaja mereka, wahai Salahuddin? ramai telah mempersoalkan kewibawaan kita bahawa kita lambat bertindak ke atas tentera Salib di Jerusalem"

"kita sepatutnya membalas apa yang telah mereka lakukan kepada kita seperti yang lepas-lepas, mereka telah membunuh orang awam, merogol anak-anak gadis dan pelbagai lagi perkara yang zalim yang telah mereka taburkan kepada kita. jika kita berdiam diri, tidak akan ada gunanya"

lantas Sultan Salahuddin menjawab dengan tenangnya:

"kita berperang adalah kerana Allah, bukannya kerana marah dan bersifat untuk membalas dendam ke atas apa yang telah mereka lakukan kepada kita. saya teringat akan kisah Saidina Ali bin Abi Talib dimana didalam satu sesi perperangan, beliau telah berjaya mengejar musuhnya dan hampir untuk menghayunkan pedangnya ke leher lawannya. tiba-tiba, lelaki kafir tersebut meludah ke arah muka Saidina Ali dan terus menyebabkan terputus niat beliau untuk membunuh lelaki tersebut. para Sahabat bertanya mengapa beliau tidak jadi untuk membunuh lelaki kafir tersebut. Saidina Ali menjawab; "pada mulanya aku ingin membunuhnya hanya kerana Allah, tetapi apabila mukaku diludah aku berasa amat arah. lantas terus pada ketika itu aku mematikan niatku untuk membunuhnya takut niatku jihadku telah terpesong. asalnya kerana Allah, jika aku terus menghayunkan pedangku bermakna aku membunuhnya atas dasar sifat amarahku ini"

wallahua'alam. :))

0 comments:

Post a Comment