Pages

Tuesday, January 18, 2011

Nikmat Islam Itu Sangat Tidak Ternilai.

sudah lama rasanya tidak menulis untuk blog ini. mungkin kerana saya tidak ada kelengkapan wireless/broadband sendiri namun saya tidak menjadikannya alasan untuk tidak menulis. alhamdulillah, atas ihsan daripada teman-teman akhirnya dapat juga untuk menulis kali ini.

berdakwah sememangnya pahit kerana pelbagai mehnah yang perlu ditempuhi dalam bersama-sama mengejar cahaya Islam itu sendiri. saya tidak nafikan disini amat berat untuk mengalas satu jenama yang berlabelkan Guru Agama. namun, tidak dinafikan juga ada kemanisan disebalik setiap perjuangan dalam berdakwah itu. pabila diri terasa lemah dengan keadaan sekeliling, cepat2 saya bermuhasah diri akan segala kekurangan yang terdapat dalam diri ini. dengan bermuhasabah, sekurang2nya saya akan berada didalam selesa dalam dakapan-Nya.
bukannya saya menyangkal bahawa diri telah kehilangan tempat bergantung tetapi bila kita berhadapan dengan bermasalah lantas kita akan terus tercari2Nya sebagai pengubat segala macam masalah yang dihadapi. tangisan demi tangisan mengalir dalam menyedari akan apa yang telah diri ini lakukan tehadapnya. nikmat Allah kepada kita tidak terhingga luasnya, telah banyak Dia memberi segala macam kemewahan terutamanya nikmat Islam itu sendiri. kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat ini kerana keluarnya kita sahaja  daripada rahim seorang ibu yang bergelar Muslimah, secara terus menerus kita telah beragama Islam. dan betapa indahnya disaat seorang ayah yakni memang seorang Muslim dimana telah melaungkan kalimah-kalimah Allah yakni azan di telinga kita selepas sahaja dilahirkan. dibandingkan dengan mereka yang tercari2 akan agama yang benar, kasihan pada mereka kerana terkapai2 dalam mencari siapakah Tuhan mereka yang sebenar-benarNya. seperti mana saat Nabi Ibrahim mencari siapakah pencipta dirinya dengan melihat Matahari dan Bulan, Baginda menyangka Matahari dan Bulan itu adalah Tuhannya. namun setelah tibanya malam, Matahari telah hilang dan bila tibanya siang berlaku lah yang sebaliknya. semasa saya menghadiri Seminar Keibubapaan Muslim yang lepas, panel pada ketika itu merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang begitu cerdik pandai dalam penghujahannya, Dr. Ridhuan Tee Abdullah. semasa slotnya, beliau telah menceritakan betapa peritnya dia dalam menghadapi hidup2nya sebagai seorang Muslim. seperti yang kita tahu, beliau merupakan seorang mualaf dimana agama asalnya adalah Budhha dan akhirnya beliau telah memeluk Islam setelah mendapat hidayah daripadaNya, Subhanallah. antara cita-citanya adalah ingin mengislamkan sendiri ibunya. mengalir air matanya tatkala beliau menceritakan kisah hidupnya itu. cita-citanya amat mulia, amat tinggi. kita tahu bahawa seorang yang bukan Islam tidak akan dapat memasuki Syurga Allah, hanya mereka yang bergelar Muslim sahja yang dapat memasukinya. beliau ingin bertemu ibunya yang tercinta sekali lagi di Syurga Allah setelah berpisah di Alam Barzakh sana, jika beliau berjaya  mengislamkan ibunya. jika cita2nya itu tidak tercapai, berkemungkinan di Bumi Allah ini sahajalah pertemuan beliau dengan ibunya.  

kita tidak pernah mengambil 'ibrah yakni pengajaran daripada apa yang telah berlaku disekeliling kita, kita terlalu alpa dengan nikmat kemewahan yang dinikmati sehinggakan ada masanya kita lupa yang kita ini merupakan hambaNya. hamba, merupakan golongan yang selalu melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh tuannya tanpa ada rasa bantahan. namun kita ini, apakah yang kita lakukan untukNya? adakah cukup perhambaan yang kita berikan padaNya?

wallahu'alam.
barakallhufikum. (^_^)

3 comments:

princess laila said...

... =)
gud in4! :)

dya adriza said...

apa yg ko tulis ni.. buat aku teringat kat peristiwa tu T_T.. memang perjuangan islam tu pahit..

dya adriza said...

13 award menanti anda di sini

http://deardindadya.blogspot.com/2011/01/koleksi-award-dya-adriza-dari-nick.html

dengan berbesar hatinya sila ambil..

Post a Comment