Pages

Saturday, January 29, 2011

10 Wasiat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.


1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.


5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah perkara yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya, asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.

p/s: pada saya wasiat yang 1,3 dan 7 itulah yang paling sayang impi2kan dan selalu berusaha ke arah yang lebih baik. anda pula?

wallahu'alam,
barakallahufikum.

5 comments:

princess laila said...

like dis!
i'Allah akn cuba tol praktikkan.....

Miftahul Faraha said...

insyaAllah, laila. kite b'usaha je lah same2 ek. perkara yang baik dan untuk mencari keredhaan Allah, akan Dia permudahkan untuk kita. :))

dya adriza said...

no 6 tu.. aku nk cuba jgn ketawa lg. huhuhu..

p/s: award tu, ko wat je entry macam aku tu. lepas tu ko pas la award ni kat sapa2 pun hehe

Hafiz Fadly said...

wah!! terupdater gak akhirnye.., kini ak plak yg x terupdate dek masalah intenet yg x brkesudhn..
nice input paan koya!!! ha3 :)

Miftahul Faraha said...

dyan: hahaha. tergelak aku dyan, xsengaja. sorry lah ek. hehe. oh cam 2 ke nak amek award 2, gila aku mikir td. :DD

hafiz: ko memang, apis. bajet demam tapi xdemam. apis gilo!

Post a Comment