Pages

Wednesday, December 15, 2010

25 = Khamsah wa Isy'runa

salam alaik. agak lama untuk diri ini tidak menulis entri; mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja rumah, mungkin kerana pelbagai masalah yang seringkali dialami tak berhenti-henti. sekarang sudah pun masuk ke tahun baru Hijrah, selamat menyambut Ma'al Hijrah 1432H. agak lambat juga untuk ucapan ini namun tidak ada salahnya bukan? :)) buka-buka sahaja blog terdapat tag daripada zumiela7. terkejut juga apa yang di tagnya, hairan bin ajaib. setelah membelek-belek apa yang dia mahukan, inilah 25 Perkara Mengenai Mihtahul Faraha.

- masih menuntut; dalam jurusan Pengajian Al-Quran dan Islam(Perguruan).
- masih ada keluarga tersayang; Alhamdulillah. :))
- amat mudah menangis; tersentuh hati dalam apa-apa pun perkara.
- suka makan coklat, kek dan donut.
- sudah mula minat cerita Korea. (adik-adik mula mengajar)
- sudah ada kenderaan sendiri; masih berhutang. (beroda empat)
- sering potong rambut; botak no.3.
- suka menyimpan duit sampai dikatakan kedekut.
- kawan sebilik orang Kedah.

- mula belajar baca Al-Quran secara berlagu. (banyak curi lagu-lagu orang/reka sendiri)
- pernah kemalangan basikal masa darjah 4; berlumba dengan budak-budak perempuan. (sebab dicabar)
- sebelum menuntut di IPGM(maktab), pernah menduduki STAM=3 bulan dan STPM=2 minggu.
- pernah berpindah-randah sekolah rendah sebanyak 3 kali.
- suka bawa kereta laju-laju. (banyak kali ditegur oleh mereka yang tersayang)
- seorang yang agak pemalu. (pada mula-mula perkenalan)
- pernah menjuarai acara sprint 100m. (masa darjah 6; sekarang dah hilang entah ke mana lari lajunya)
- takut main bola sepak sebab pakai cermin mata; dah pernah fobia sebelum ini.
- bibir selalu kering walaupun dah banyak minum air kosong.
- menetap di Kajang, Selangor.
- blog ini dibuat kerana permintaan/buah fikiran dari teman yang akrab dengan diri ini. :))
- setakat ini baru memiliki sijil akademik; Penilaian Menengah Rendah(PMR), Sijil Menengah Agama(SMA) dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).
- seorang yang sering mengikut emosi dan amat mudah marah.
- sangat suka kepada teh susu/teh tarik.
- tak pernah main bowling walaupun dibelanja. (takut nak main)
- Miftahul Faraha bermaksud kunci kepada segala kegembiraan. jom senyum! :))


kredit to zumiela7: memang payah buat benda nie. ;))

4 comments:

dya adriza said...

wah! banyaknya yg aku x tau psal ko nih.

btw, happy blogging ^^

zumiela7 said...

banyak rahsia ko paan dh terbongkar...hahaha..
cite korea ap ko dh tgk?? ak br abis tgj you're beautiful..hehehe

dya adriza said...

paan..aku tag ko. harap sudi buat~

Kempen: Mari Menutup Aurat

Miftahul Faraha said...

dya adriza:
hehe, bocor rahsia2 silam aku. syukran, dyan. ko pun same ye, suke bace penulisan ko. yg tag 2, dlm mase tdekat ak post tau. kene kmpul bahan2 sket. syukran, ustazah dyan! :))

zumiela7:
ko lah suruh aku uat tag nie, hehe. bru habes tgk cite oh! my lady, itu pun tgk kat tv je. skrg you're beautiful lak, huhuhu. :))

Post a Comment