Pages

Wednesday, August 3, 2011

KOGUM :Himpunan Saf Kepimpinan Hadapan

Ana dihadapan pentas KOGUM
Assalamualaikum w.b.t pembaca yang terus menerus sudi membaca coretan ana di ruangan ini. Buat sekian kalinya lagi,izinkan ana ingin berkongsi sesuatu bagi manfaat bersama. Syukur Alhamdulilah, sejak ana dilantik menjadi sebahagian dari saf kepimpinan di maktabaty yang ana belajar, ana berpeluang menghadiri konvesyen yang jua pertama kali diadakan. Yang Pertama tentulah yang utama dan bermakna. Event yang ana hadiri ini nama pendek KOGUM, full name Konvesyen Guru-Guru Muda, mengambil tempat di UITM, Shah Alam dari 8 Julai hingga 10 Julai 2011 . KOGUM ini merupakan anjuran GPMS bersama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Saturday, July 30, 2011

Hidangan Mahal : Ramadhan Al-Mubarak


Surau Al-Firdaus
Sedutan dari Tazkirah Sempena Ambang Ramadhan Al-Mubarak, Surau Al-Firdaus, 30 Julai 2011 selepas solat maghrib yang disampaikan oleh ana sebagai perkongsiaan buat semua....

Alhamdulilah sebuah hadiah cinta Allah kepada hamba ciptaNYA InsyaAllah akan muncul menjengah kita lagi. Apa yang saya maksudkan sebuah hadiah cinta Allah ialah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Mengapa saya ekspresikan sebagai hadiah cinta Allah kerana pada bulan ini  pelbagai ganjaran pahala Allah hidangkan bagi hambaNYA. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:" Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi." (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari hadith Abu Hurairah RA.) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun.MASYAALAH!!!

Saturday, July 2, 2011

Perihal Mahsyar: Penghujung Amalan Ditentukan


DATUK ABU HASSAN DIN AL HAFIZ
Baru-baru ini ana telah berada sama dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, adik kepada pengasas pusat perubatan Islam yang ana minati iaitu Darul Syifa. Atas undangan kariah surau tempat ana bermastatautin, beliau hadir menyampaikan ilmu mengenai MAHSYAR.


HANYA SEKADAR SIMBOLIK
Bilamana memperkatakan mengenai masyar, sering kali masyarakat kita meletakkan istilah PADANG di hadapan perkataan mahsyar yang menjadikan sebutannya PADANG MAHSYAR. mengapa disamakan dengan padang kerana kata orang kalau hendaklah lihat bagaimana keadaan Mahsyar lihatlah ke Padang Arafah. Tetapi harus diingat bahawa padang Arafah hanya mengumpulkan sebahagian umat manusia itupun hanya umat Islam yang mengerjakan Rukun Islam Ke-5 iaitu mengerjakan Haji. Jadi disini, mahsyar bukanlah padang kerana kita tidak tahu bagaimana keadaannya. Hanya Allah sahaja yang tahu (Waallahualam). Tetapi Mahsyar ialah tempat dimana semua manusia dikumpulkan/tempat dihimpunkan untuk menunggu ke Rabul Jalil (Mahkamah Allah) bagi tujuan dibicarakan. Di Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia.

Saturday, June 11, 2011

An-Nisyan - Lupa

kadang kala kita sering menuduh yang bukan-bukan atas apa yang dia lakukan. padahal sebenar-benarnya ada kebaikan yang amat tinggi nilainya disebalik apa yang dia lakukan itu. mungkin kita terlalu ego dengan sifat kendiri dan emosi yang bercampur baur. nafsu amarah ini bersumpah akan selalu membolak-balikkan hati manusia dengan pelbagai cara sehinggalah mereka berjaya. tatkala nafsu ini menguasai satu-satu anak Adam itu, pasti ada sahaja kes-kes atau masalah yang akan berlaku tanpa kita sedari. kiri kanan kita ada makhluk yang tidak dapat dilihat telah dikirimkan olehNya untuk duduk bersama-sama dengan kita. kita percaya akan kewujudan mereka namun adakah kita mengambil iktibar diatas kehadirannya?

Tuesday, May 3, 2011

Tawakal Dalam Teori dan Praktik


Sudah lama ana tidak menulis. Kehangatan  yg terasa dimalam tadi membuatkan ana tidak lena tidur maka memaksa ana mencapai laptop dan mencoret sesuatu yg ringkas saja untuk ruangan blog untuk sekian lamanya dibiarkan sepi tidak berisi.
Beberapa minggu lepas ana dihubungi seorang rakan. “Ada gangguan sikit mohon dibantu untuk kalau boleh dibuatkan air syifa barang 1 botol. Makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini”. Begitu kurang lebih bicara teman ana mohon pertolongan. Mulanya berat jua hati ini hendak membantu tetapi difikirkan jika tidak membantu apa pula peranan ana sebagai bakal ustaz. Nanti-nanti dah jadi ustaz lagi banyak yang perlu ana hadapi dan tolongi. Berbekalkan sedikit ilmu yang ana ada dari DARUL SYIFA, ana pun sudi menghulurkan bantuan. Sedikit peringatan ana kirimkan pada teman ana, setelah kita berikhtiar, Tawakal pulalah yang patut mengambil tempat di antara kedua-duanya tadahlah tangan berdoa.

Sunday, May 1, 2011

Pada Sebuah Nilai




"DUNIA HANYA BERNILAI BILA MANA DIMANFAATKAN UNTUK AKHIRAT"

Katakanlah pada suatu hari, datang seorang pemuda tampan yang sudah lama diminati melamar diri anda, dalam masa yang sama dia menjadi rebutan ramai muslimah di kolej anda, padahal anda bukanlah seorang wanita yang dirasakan layak, jauh sekali memikirkan bahawa situasi ini akan berlaku kepada diri? Ketika itu anda adalah orang yang paling bertuah kerana apa yang diidamkan selama ini datang di depan mata. Hati hanya berkata: “Inilah nikmat”.

Thursday, February 10, 2011

Jauh Lebih Baik.

“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya, jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan ke dalam neraka Hamiah.

Di sini ( Dunia ) kita menanam,
Di sana ( Akhirat ) kita menuai.

Thursday, February 3, 2011

Menutup Aurat: Hijab/Tudung.

Salam sayang dariku untuk semua. Dah macam nak bermanja-manja pula saya dengan para pembaca kan, hehe. Sahaja saya katakan salam yang sebegitu, kita kan berukhuwah sesama Islamiah. :)) entri kali ini? Hmm, ingin saya berkongsi pendapat mengenai aurat. namun pengkhususan saya ingin terapkan kepada pemakaian tudung/hijab dalam kalangan kaum Hawa zaman kini. Mengapakah isu tudung yang saya utarakan kali ini? Pemikiran semasa sekarang terus meng"set"kan bahawa menutup aurat adalah hanya bertudung sahaja tanpa melihat akan apakah sebenarnya "aurat" itu. Dsini saya sertakan beberapa ayat hukum Al-Quran, hadis Rasulullah serta pendapat-pendapat ulama mengenai penutupan aurat. 

Dalil-dalil Hukum Mengenai Menutup Aurat.
Firman Allah SWT:

Mafhumnya:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke paras dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau sudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah An-Nur:30-31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59])

Wednesday, February 2, 2011

Kiamat Datang Menjelma.(Versi Sajak dan Nyanyian)

Kiamat Datang Menjelma.
Lirik: Cikgu Ahmad Rafaie b.Ayudin.
Lagu: Raden, Taqiuddin, Rusydi, Afiq, Farhan.



Cubalah kita renungkan,
Manusia melupakan janjinya,
Terbelenggu oleh hawa nafsu,
Sentiasa mudah alpa,
Bergelumang dengan dosa,
Mengundang bahaya.

Tanpa pernah menyesali,
Seolah-olah maut,
Dapat dihindari,
Memilih jalan yang salah.
Jauh daripada Allah,
Hidup tidak berkat,
Menolak maghfirah.

Tuesday, February 1, 2011

Gurauan Boleh Membawa Kepada Penghinaan dan Pengaiban?

Sabda Rasulullah SAW:

Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari Kiamat kelak" 
(Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)

entri pertama daripada saya mengenai hadis. sebenarnya hadis ini saya telah membacanya di salah sebuah majalah kanak-kanak yang berunsurkan ilmiah Islamiah, Ana Muslim Edisi ke-54.  sedang2 saya berehat selepas solat Isyak, melihat sahaja majalah ini terus saya membelek2nya. bukan apa, halaman muka depan yang bewarna-warni menyebabkan saya tertarik untuk mahu membacanya. selak punya selak akhirnya, sampai kepada slot Nilai Murni Daripada Al-Quran dan As-Sunnah. dalam slot ini, terpapar hadis yang telah saya nyatakan seperti diatas. haa, walaupun ringkas hadis ini tetapi huraian amat mencakupi dalam lingkungan kehidupan seharian kita. :))

inilah majalah yang saya katakan, hehe.

Saturday, January 29, 2011

10 Wasiat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.


1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

Tuesday, January 18, 2011

Nikmat Islam Itu Sangat Tidak Ternilai.

sudah lama rasanya tidak menulis untuk blog ini. mungkin kerana saya tidak ada kelengkapan wireless/broadband sendiri namun saya tidak menjadikannya alasan untuk tidak menulis. alhamdulillah, atas ihsan daripada teman-teman akhirnya dapat juga untuk menulis kali ini.

berdakwah sememangnya pahit kerana pelbagai mehnah yang perlu ditempuhi dalam bersama-sama mengejar cahaya Islam itu sendiri. saya tidak nafikan disini amat berat untuk mengalas satu jenama yang berlabelkan Guru Agama. namun, tidak dinafikan juga ada kemanisan disebalik setiap perjuangan dalam berdakwah itu. pabila diri terasa lemah dengan keadaan sekeliling, cepat2 saya bermuhasah diri akan segala kekurangan yang terdapat dalam diri ini. dengan bermuhasabah, sekurang2nya saya akan berada didalam selesa dalam dakapan-Nya.

Thursday, January 6, 2011

Kerana Allah, Kerana Amarah.

sekian lama saya bercuti di kampung halaman, akhirnya selamat juga kembali ke hostel. sungguh panjang tempoh percutian kali ini memandangkan cuti ini merupakan cuti semester akhir yakni November-Disember. pelbagai perkara yang saya lakukan dan lalui dalam cuti ini seperti  dalam entri sebelum ini. minggu pertama sesi pembelajaran bermula, saya bersama dengan teman seangkatan yang lain telah didedahkan dimana apakah itu PISMP. sesi taklimat ini telah berjalan selama dua hari. macam-macam  taklimat yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah dan pegawai-pegawai di IPG ini. kita akui, dalam sesi-sesi taklimat sebegini sering diri merasa mengantuk dengan mendengar omongan-omongan daripada mereka ini. tidak terkecuali diri saya. oleh itu puas saya memikirkan bagaimana cara untuk tidak terlelap didalam sesi taklimat tersebut. terlintas difikiran, saya ada membawa novel Salahuddin Al-Ayubi dan setelah membelek didalam beg, memang ada. terus saya membuka dan sambung dimana muka surat akhir yang telah saya berhenti.