Pages

Wednesday, December 1, 2010

Coretan Anak Sulung.

agak bosan untuk cuti semester yang panjang sebegini, hampir-hampir buntu untuk memikirkan apa yang patut dilakukan sebagai pengisian minda diri yang efektif. namun dengan menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung, ada juga kerja-kerja yang diminta untuk dilakukan oleh emak. hantar emak ke pasar, ke sekolah, hantar adik-adik berjalan. adik-adik juga masih kecil, bersepah rumah dibuatnya. siksa juga melihat gelagat adik-adik yang masih kecil, sampaikan satu tahap turut diri ini terlibat dalam pergaduhan kecil mereka. sekejap bergaduh sekejap berbaik. menjerit dan tangisan merupakan perkara biasa, halwa telinga boleh dikatakan. mana tak nya, seharian menghadap mereka tetapi hakikatnya saya gembira. saya menuntut ilmu jauh nun disana, di Pantai Timur. bukan selalu dapat bertemu dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan adik-adik perempuan yang kecil-kecil.
 inilah yang mereka yang saya maksudkan, dalam gambar ini bukan main mesra. bila masa bergaduh, hanya Allah yang tahu. :))


geram sangat bila lihat mereka mengejek-ejek saya dengan pelbagai, buat endah tak endah  diri ini. malas nak melayan! jika dilayan, itu yang terlibatnya secara automatik pergaduhan kecil. suara yang lebih, menjerit sana-sini. akhirnya, emaklah yang meleraikan mereka(kadang-kadang turut saya dileraikan oleh emak).

kepada kawan-kawan yang jauh merantau, tak kesahlah samada sambung belajar mahupun sudah bekerja. hargailah cuti bersama keluarga dengan sebaik-baiknya. bukan setiap saat kita ini bersama mereka, jika dikira-kira hanya suku tahun kehidupan sahaja kita hidup bersama mereka dengan duduk bersama. jika selepas tahun 6(sekolah rendah) telah berpindah ke asrama penuh sudah semestinya dalam tempoh 5 tahun(ting.1 - ting.5). tidak kira lagi jika sambung belajar di peringkat IPTA/IPTS, tak semestinya dapat yang berdekatan dengan kawasan perumahan sendiri. paling-paling dekat pun, bersebelahan dengan negeri kelahiran kita. asasi, diploma, ijazah, doktor falsafah. satu jarak tempoh yang amat panjang jika dikira-kira. dan apabila sudah berstatus suami/isteri, teramatlah payah untuk kita duduk bersama dengan keluarga sendiri. betulkan?



barakallufikum. (^_^)

0 comments:

Post a Comment