Pages

Wednesday, August 3, 2011

KOGUM :Himpunan Saf Kepimpinan Hadapan

Ana dihadapan pentas KOGUM
Assalamualaikum w.b.t pembaca yang terus menerus sudi membaca coretan ana di ruangan ini. Buat sekian kalinya lagi,izinkan ana ingin berkongsi sesuatu bagi manfaat bersama. Syukur Alhamdulilah, sejak ana dilantik menjadi sebahagian dari saf kepimpinan di maktabaty yang ana belajar, ana berpeluang menghadiri konvesyen yang jua pertama kali diadakan. Yang Pertama tentulah yang utama dan bermakna. Event yang ana hadiri ini nama pendek KOGUM, full name Konvesyen Guru-Guru Muda, mengambil tempat di UITM, Shah Alam dari 8 Julai hingga 10 Julai 2011 . KOGUM ini merupakan anjuran GPMS bersama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Saturday, July 30, 2011

Hidangan Mahal : Ramadhan Al-Mubarak


Surau Al-Firdaus
Sedutan dari Tazkirah Sempena Ambang Ramadhan Al-Mubarak, Surau Al-Firdaus, 30 Julai 2011 selepas solat maghrib yang disampaikan oleh ana sebagai perkongsiaan buat semua....

Alhamdulilah sebuah hadiah cinta Allah kepada hamba ciptaNYA InsyaAllah akan muncul menjengah kita lagi. Apa yang saya maksudkan sebuah hadiah cinta Allah ialah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Mengapa saya ekspresikan sebagai hadiah cinta Allah kerana pada bulan ini  pelbagai ganjaran pahala Allah hidangkan bagi hambaNYA. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:" Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi." (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari hadith Abu Hurairah RA.) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun.MASYAALAH!!!

Saturday, July 2, 2011

Perihal Mahsyar: Penghujung Amalan Ditentukan


DATUK ABU HASSAN DIN AL HAFIZ
Baru-baru ini ana telah berada sama dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, adik kepada pengasas pusat perubatan Islam yang ana minati iaitu Darul Syifa. Atas undangan kariah surau tempat ana bermastatautin, beliau hadir menyampaikan ilmu mengenai MAHSYAR.


HANYA SEKADAR SIMBOLIK
Bilamana memperkatakan mengenai masyar, sering kali masyarakat kita meletakkan istilah PADANG di hadapan perkataan mahsyar yang menjadikan sebutannya PADANG MAHSYAR. mengapa disamakan dengan padang kerana kata orang kalau hendaklah lihat bagaimana keadaan Mahsyar lihatlah ke Padang Arafah. Tetapi harus diingat bahawa padang Arafah hanya mengumpulkan sebahagian umat manusia itupun hanya umat Islam yang mengerjakan Rukun Islam Ke-5 iaitu mengerjakan Haji. Jadi disini, mahsyar bukanlah padang kerana kita tidak tahu bagaimana keadaannya. Hanya Allah sahaja yang tahu (Waallahualam). Tetapi Mahsyar ialah tempat dimana semua manusia dikumpulkan/tempat dihimpunkan untuk menunggu ke Rabul Jalil (Mahkamah Allah) bagi tujuan dibicarakan. Di Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia.

Saturday, June 11, 2011

An-Nisyan - Lupa

kadang kala kita sering menuduh yang bukan-bukan atas apa yang dia lakukan. padahal sebenar-benarnya ada kebaikan yang amat tinggi nilainya disebalik apa yang dia lakukan itu. mungkin kita terlalu ego dengan sifat kendiri dan emosi yang bercampur baur. nafsu amarah ini bersumpah akan selalu membolak-balikkan hati manusia dengan pelbagai cara sehinggalah mereka berjaya. tatkala nafsu ini menguasai satu-satu anak Adam itu, pasti ada sahaja kes-kes atau masalah yang akan berlaku tanpa kita sedari. kiri kanan kita ada makhluk yang tidak dapat dilihat telah dikirimkan olehNya untuk duduk bersama-sama dengan kita. kita percaya akan kewujudan mereka namun adakah kita mengambil iktibar diatas kehadirannya?

Tuesday, May 3, 2011

Tawakal Dalam Teori dan Praktik


Sudah lama ana tidak menulis. Kehangatan  yg terasa dimalam tadi membuatkan ana tidak lena tidur maka memaksa ana mencapai laptop dan mencoret sesuatu yg ringkas saja untuk ruangan blog untuk sekian lamanya dibiarkan sepi tidak berisi.
Beberapa minggu lepas ana dihubungi seorang rakan. “Ada gangguan sikit mohon dibantu untuk kalau boleh dibuatkan air syifa barang 1 botol. Makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini”. Begitu kurang lebih bicara teman ana mohon pertolongan. Mulanya berat jua hati ini hendak membantu tetapi difikirkan jika tidak membantu apa pula peranan ana sebagai bakal ustaz. Nanti-nanti dah jadi ustaz lagi banyak yang perlu ana hadapi dan tolongi. Berbekalkan sedikit ilmu yang ana ada dari DARUL SYIFA, ana pun sudi menghulurkan bantuan. Sedikit peringatan ana kirimkan pada teman ana, setelah kita berikhtiar, Tawakal pulalah yang patut mengambil tempat di antara kedua-duanya tadahlah tangan berdoa.

Sunday, May 1, 2011

Pada Sebuah Nilai




"DUNIA HANYA BERNILAI BILA MANA DIMANFAATKAN UNTUK AKHIRAT"

Katakanlah pada suatu hari, datang seorang pemuda tampan yang sudah lama diminati melamar diri anda, dalam masa yang sama dia menjadi rebutan ramai muslimah di kolej anda, padahal anda bukanlah seorang wanita yang dirasakan layak, jauh sekali memikirkan bahawa situasi ini akan berlaku kepada diri? Ketika itu anda adalah orang yang paling bertuah kerana apa yang diidamkan selama ini datang di depan mata. Hati hanya berkata: “Inilah nikmat”.