Pages

Saturday, July 30, 2011

Hidangan Mahal : Ramadhan Al-Mubarak


Surau Al-Firdaus
Sedutan dari Tazkirah Sempena Ambang Ramadhan Al-Mubarak, Surau Al-Firdaus, 30 Julai 2011 selepas solat maghrib yang disampaikan oleh ana sebagai perkongsiaan buat semua....

Alhamdulilah sebuah hadiah cinta Allah kepada hamba ciptaNYA InsyaAllah akan muncul menjengah kita lagi. Apa yang saya maksudkan sebuah hadiah cinta Allah ialah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Mengapa saya ekspresikan sebagai hadiah cinta Allah kerana pada bulan ini  pelbagai ganjaran pahala Allah hidangkan bagi hambaNYA. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:" Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi." (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari hadith Abu Hurairah RA.) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun.MASYAALAH!!!

Saturday, July 2, 2011

Perihal Mahsyar: Penghujung Amalan Ditentukan


DATUK ABU HASSAN DIN AL HAFIZ
Baru-baru ini ana telah berada sama dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, adik kepada pengasas pusat perubatan Islam yang ana minati iaitu Darul Syifa. Atas undangan kariah surau tempat ana bermastatautin, beliau hadir menyampaikan ilmu mengenai MAHSYAR.


HANYA SEKADAR SIMBOLIK
Bilamana memperkatakan mengenai masyar, sering kali masyarakat kita meletakkan istilah PADANG di hadapan perkataan mahsyar yang menjadikan sebutannya PADANG MAHSYAR. mengapa disamakan dengan padang kerana kata orang kalau hendaklah lihat bagaimana keadaan Mahsyar lihatlah ke Padang Arafah. Tetapi harus diingat bahawa padang Arafah hanya mengumpulkan sebahagian umat manusia itupun hanya umat Islam yang mengerjakan Rukun Islam Ke-5 iaitu mengerjakan Haji. Jadi disini, mahsyar bukanlah padang kerana kita tidak tahu bagaimana keadaannya. Hanya Allah sahaja yang tahu (Waallahualam). Tetapi Mahsyar ialah tempat dimana semua manusia dikumpulkan/tempat dihimpunkan untuk menunggu ke Rabul Jalil (Mahkamah Allah) bagi tujuan dibicarakan. Di Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia.