Pages

Tuesday, November 30, 2010

Cubalah Dengar!

malam yang begitu dingin, hujan turun teramat lebat seharian. setelah solat Isyak', terus saya duduk menghadap laptop seperti biasa. tidak tahu kenapa "menghadapnya" padahal langsung tak ada sebab apa-apa pun, balik-balik Facebook dan blog-blog untuk di baca. kliklah tangan ini pada Mozilla Firefox, untuk mencari sesuatu yang baru. tiba-tiba jumpa akan sesuatu yang tak pernah saya ketahui sebelum ini. Cahaya.Fm, sebuah stesen radio online bercorakkan ke"Islam"an. setelah membaca profilnya, stesen radio ini berasal daripada negeri Sabah dan terdiri daripada 10 orang DJ di mana sebahagian daripada mereka adalah ustaz/ustazah. ke semua hiburan yang didendangkannya merupakan muzik-muzik yang berunsurkan kerohanian(nasyid) dan paling menarik sekali, ada juga muzik daripada Timur Tengah.(Arab) haa, kepada sesiapa yang bercita-cita mahu ke sana mahupun yang telah berada di sana tidak lama dahulu bolehlah mendengar radio ini, manalah tahu boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi ataupun pengubat rindu semasa anda belajar di sana. bagi saya, tidak salah untuk berhibur namun biarlah ianya berlandaskan Islam dan tidak melekakan kita sehinggakan lupa ataupun lewat untuk menghadap-Nya. selamat mendengar ya!

 laman web Cahaya.Fm(http://www.cahayafm.net/)


Flash Player Cahaya.Fm

ilal liqa'. (^_^)

Sunday, November 28, 2010

Seminar Keibubapaan Muslim.


setelah habis menunaikan solat Jumaat di salah satu masjid di Bandar Baru Bangi, terlihat saya akan satu kertas edaran yang terletak di pintu masuk dewan solat masjid tersebut. hati terlintas untuk mengambil kertas ini lalu membacanya. fikiran berbicara, "menarik jugak seminar ini". ini kerana saya dapati objektif seminar ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan kepada kita akan cabaran-cabaran yang di hadapi oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak meraka serta langkah-langkah penyelesaian yang terbaik selaras dengan tuntutan agama Islam. namun,dari sudut pandangan diri sebagai bakal guru(ustaz) terpanggil saya untuk menghadiri seminar ini,biarpun berbayar. semua rakan-rakan tahu yang saya ini kuat sedikit "menyimpan" duit tetapi hati kuat untuk pergi menghadiri seminar ini. alhamdulillah. Firman Allah SWT:

"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka yakni anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap kesejateraan mereka. Oleh sebab itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar"
(Surah An-Nisa:9)