Pages

Wednesday, December 1, 2010

Salahuddin Al-Ayubi, Penakluk Jerusalem.

alhamdulillah, kenyang perut ini setelah makan nasi lemak homemade buatan ibu sendiri. mana tidaknya, hari-hari hujan dan bila hujan sudah semestinya cuaca sejuk. bila cuaca sejuk dan bertambah dingin, lantas perut akan bermula keroncong. kalau di maktab, pasti akan terkenang-kenang masakan ibu. oleh itu, selagi kita masih berdekatan dengan ibu selagi itulah kita makan di rumah ya, jangan selalu makan di kedai atau warung-warung. hayati makanan air tangan buatan ibu. banyak KEBERKATANnya. insyaAllah. :))

inilah dia nasi lemak homemade yang saya ceritakan tadi, sedapkan? :))

entri kali ini ingin saya kongsikan bersama akan apa yang telah saya baca. pernahkah anda terdengar akan empunya nama SALAHUDDIN AL-AYUBI?
beliaulah yang telah mengalahkan  tentera Kristian semasa dalam penaklukan Kota Baitulmaqdis yakni Jerusalem. antara rahsia yang didapati mengapakah penaklukan Kota Baitulmaqdis berjaya dibuka adalah beliau yakin serta pasti dimana Allah akan sentiasa bersama beliau dan tentera-tenteranya. dan beliau teramat mengamalkan  dan mengaplikasikan sunnah cara perperangan Rasulullah SAW dalam penaklukan kota tersebut. nama sebenar beliau adalah Yusuf bin Ayyub. Ayahandanya bernama Najmuddin Ayyub yang berbangsa Kurdis dimana keturunan mereka ini berasal dari Azarbaijan. Beliau mempunyai seorang abang yang bernama Syamsuddin Ayyub. Semasa kehidupan kecilnya, beliau tidak terdapat tanda apa-apa yang menunjukkan beliau akan menjadi seorang yang akan dikenali pada masa depannya. namun, keistimewaan yang telah beliau tunjukkan kepada masyarakat pada zaman itu adalah dengan mempamerkan contoh seorang insan yang tenang jiwanya serta amat menjauhi kelesuan pemikiran golongan bangsawan yang lain.

jika dibicarakan sejarah perjalanan hidupnya dengan teliti, tidak mampu untuk saya menulisnya. ilmu didada ini masih sedikit dan faktor lainnya juga adalah kadang-kadang ilmu ini hanya di kitab/buku bukan di dada/jiwa. disini ingin dikongsikan bersama sebuah novel hasil karya penulisan Abdul Latip Talib

kulit novel Salahuddin Al-Ayubi


isi kandungan dan sinopsis.

info pengarang, Abdul Latip Talib.

novel ini telah pun saya miliki dalam dua minggu yang lalu dan masih lagi membacanya. amat menarik jalan cerita riwayat Salahuddin Al-Ayubi dimana bermula disaat beliau menyertai tentera Sultan Aleppo(Sultan pada zaman itu) sehinggalah beliau menjadi sultan di Mesir dan wafat. subjek sejarah amat bosan dikatakan untuk mempelajarinya namun dengan novel sebegini saya yakin ianya akan menambah lagi minat untuk kita mendalaminya. siapakah lagi yang patut mendalami sejarah kepahlawanan Islam seperti Salahuddin Al-Ayubi ini kalau bukan kita sendiri sebagai generasi muda Islam kini. ambilah sedikit inisiatif dengan mengeluarkan sedikit wang ringgit untuk mempelajari sejarah salah seorang pahlawan Islam yang terbilang ini. rasanya tidak rugi bukan, dalam memiliki novel ilmiah sebegini berbanding novel-novel yang berunsurkan percintaan? :))

trivia: Salahuddin Al-Ayubi merupakan insan yang mula-mula memperkenalkan sambutan Maulid Nabi/Maulidur Rasul dimana yang sering kita lakukan saban hari tibanya 12 Rabiulawwal pada setiap tahun Hijrah. menarik bukan?

0 comments:

Post a Comment