Pages

Sunday, November 28, 2010

Seminar Keibubapaan Muslim.


setelah habis menunaikan solat Jumaat di salah satu masjid di Bandar Baru Bangi, terlihat saya akan satu kertas edaran yang terletak di pintu masuk dewan solat masjid tersebut. hati terlintas untuk mengambil kertas ini lalu membacanya. fikiran berbicara, "menarik jugak seminar ini". ini kerana saya dapati objektif seminar ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan kepada kita akan cabaran-cabaran yang di hadapi oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak meraka serta langkah-langkah penyelesaian yang terbaik selaras dengan tuntutan agama Islam. namun,dari sudut pandangan diri sebagai bakal guru(ustaz) terpanggil saya untuk menghadiri seminar ini,biarpun berbayar. semua rakan-rakan tahu yang saya ini kuat sedikit "menyimpan" duit tetapi hati kuat untuk pergi menghadiri seminar ini. alhamdulillah. Firman Allah SWT:

"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka yakni anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap kesejateraan mereka. Oleh sebab itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar"
(Surah An-Nisa:9)


ayat di atas menerangkan kepada kita di mana kita sebagai ibubapa mahupun guru haruslah mencorak anak-anak mereka ini kerana anak-anaklah merupakan aset yang amat penting dalam penentuan saham yang akan mereka hadapi untuk masa akan datang lebih-lebih di akhirat nanti. anak-anak merupakan penyejuk mata bagi ayah dan ibunya. kita sendiri akui ingin untuk mendapat keluarga yang hasanah yang dapat mencerminkan diri mereka sebagai Muslim yang sejati namun pada akarnya terdapat sedikit kekurangan yakni kaedah pentarbiahan yang mereka gunakan. hari ini, Barat amat memainkan peranan dalm usaha untuk menghancurkan umat Islam dengan menyuntik teori-teori pendidikan yang tidak berasaskan acuan Islam dimana teori-teori mereka ini yang hanya mahu memanipulasikan umat Islam agar goyah di arus keduniaan. namun secara tidak langsung Barat telah terperangkap dengan teorinya sendiri dimana anak-anak bangsa mereka juga telah banyak musnah peradabannya akibat kebudayaan hedonisme yang menjadi virus yang menular dalam darah daging sendiri. kini, mereka sendiri telah kembali/berbalik dengan mengkaji semua kitab Bible Lama(Old Testiment) sebagai mencari penyelesaian untuk masalah ini. mereka akui bahawa kitab Bible Baru(New Testiment) ini telah banyak dipesongkan ajarannya sehinggalah musnah generasi mereka ini segala perlahan-lahan. Barat telah sedar akan kesilapan yang mereka lakukan ini. Islam? apa yang kita lakukan sekarang terutamanya di tanah bangsa kita ini? balik-balik dengan krisis politiik yang tak habis-habis, pergaduhan sana sini, demonstrasi yang berkecamuk. lihatlah sendiri anak-anak bangsa sekarang, remaja kini. seks bebas, buang bayi, dadah, rogol, gangsterisme. jika di senaraikan saya rasa mahu tak cukup kotak blog ini akan masalah-masalah yang melanda generasi masa kini. 

saya kira seminar yang dianjurkan ini merupakan salah satu bingkisan jihad kecil di mana mahu ditimbulkan kesedaran kepada kita supaya berbalik kepada apa yang telah Rasululah SAW tinggalkan kepada kita yakni Al-Quran dan As-Sunnah. dua peninggalan ini amatlah penting untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. kita sepatutnya bersyukur kerana Rasulullah telah meninggalkan kepada kita sumber rujukan yang hakiki duniawi ataupun ukhrawi, segala-galanya menyeluruh dalam segala aspek hujung dan pangkalnya. umat sebelum ini tidak seperti kita dimana telah diturunkan kitab sebagai pembimbing sehinggalah ke akhirnya. Injil, Taurat, Zabur. memang ada kitab yang diturunkan kepada mereka sebelum kita namun tidak kekal dan telah di ubah oleh Kafir. lantas berfikirlah sejenak, kita adalah umat yang terpilih oleh Allah, buktinya? Al-Quran dan As-Sunnah. seminar ini terdiri daripada dua panel penceramah yang tidak asing lagi, bagi sayalah(bagi anda saya tidak tahu). mereka ini amat hebat dalam penghujahan dimana sebelum ini tidak pernah saya mendengarnya, sekadar namanya sahaja. penceramah yang dimaksudkan adalah:

i) Dr. Ridhuan Tee Abdullah.
i) Dr. Mek Wok Mahmud.

di sini terdapat sedikit visual statik(gambar-gambar) yang dapat dirakamkan semasa seminar ini berlangsung:

disinilah bertempatnya seminar tersebut, di Auditorium Perpustakaan UNITEN(telah bertukar tempat).

iftitah/pembukaan majlis.


slot Dr. Ridhuan Tee Abdullah.


slot Dr. Mek Wok Mahmud.



antara yang hadir. 

rata-rata yang menghadiri seminar ini adalah mereka yang telah berkeluarga dan siap membawa "team bola sepak" mereka sendiri lagi. riuh juga auditorium  dibuatnya dengan rengekan dan gelak-tawa anak-anak mereka. yang bujang sedikit itupun yang saya lihat-lihat kebanyakkannya pun yang sudah bekerja. segan juga saya dibuatnya seketika. namun, biarlah saya dipandang digelak orang taupun dikatakan silap menghadiri seminar, niat saya hanya untuk mengambil ilmu dalam mendidik anak-anak dimana akan saya aplikasikan untuk masa akan datang. akan datang, insyaAllah saya akan bergelar guru dan juga bapa. saya kira tidak salah untuk saya menghadiri seminar sebegini, tak rugi mana pun. kan?

barakallahufikum. (^_^)

2 comments:

eiymnajmie said...

balek nnt ble arr share ngan aku psl seminar nie..hohoho

Miftahul Faraha said...

zumiela7:
insyaAllah, huhuhu. :))

Post a Comment