Pages

Saturday, July 2, 2011

Perihal Mahsyar: Penghujung Amalan Ditentukan


DATUK ABU HASSAN DIN AL HAFIZ
Baru-baru ini ana telah berada sama dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, adik kepada pengasas pusat perubatan Islam yang ana minati iaitu Darul Syifa. Atas undangan kariah surau tempat ana bermastatautin, beliau hadir menyampaikan ilmu mengenai MAHSYAR.


HANYA SEKADAR SIMBOLIK
Bilamana memperkatakan mengenai masyar, sering kali masyarakat kita meletakkan istilah PADANG di hadapan perkataan mahsyar yang menjadikan sebutannya PADANG MAHSYAR. mengapa disamakan dengan padang kerana kata orang kalau hendaklah lihat bagaimana keadaan Mahsyar lihatlah ke Padang Arafah. Tetapi harus diingat bahawa padang Arafah hanya mengumpulkan sebahagian umat manusia itupun hanya umat Islam yang mengerjakan Rukun Islam Ke-5 iaitu mengerjakan Haji. Jadi disini, mahsyar bukanlah padang kerana kita tidak tahu bagaimana keadaannya. Hanya Allah sahaja yang tahu (Waallahualam). Tetapi Mahsyar ialah tempat dimana semua manusia dikumpulkan/tempat dihimpunkan untuk menunggu ke Rabul Jalil (Mahkamah Allah) bagi tujuan dibicarakan. Di Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia.


Bermula dengan di
ALAM BARZAKH
dibangkitkan & dihimpunkan di
MASHYAR

untuk diadili di
MAHKAMAH ALLAH


dan seterusnya ke SYURGA, NERAKA...
#gambar di atas sebagai simbolik sahaja.


GAMBARAN MAHSYAR

Keadan manusia akan tergantung dari amalan apa yang telah mereka kerjakan semasa hidup, ketika itu semua manusia akan sibuk dengan urusan mereka masing-masing. Sehingga anak tidak lagi mengenali kedua orang tuanya, begitu pula sebaliknya.
Ketika Matahari padam sehingga bumi dalam kegelapan. Takala mereka dalam keadaan demikian, langit diatas mereka berputar-putar dan meledak pecah berkeping-keping selama 500 tahun sehingga langit terbelah dengan segala kekuatannya kemudian meleleh dan mengalir bagaikan perak yg dipanaskan hingga berwarna merah dan manusia bercampur baur seperti serangga yang bertebaran dalam keadaan telanjang kaki, tidak berpakaian dan berjalan kaki.
Kemudian matahari diterbitkan oleh Allah, tepat diatas kepala dengan jarak hanya 2 busur, sehingga manusia terpanggang oleh teriknya matahari yang panasnya telah dinaikkan dan keringat pun mengalir deras, menggenangi padang mahsyar seiring dengan rasa takut yang luar biasa karena mereka akan dihadirkan dihadapan Allah. Bagi orang yang beriman, beramal shaleh serta banyak mengerjakan kebaikan akan terlindungi dari terik sengatan sinar matahari.
Kemudian keringat tersebut naik ke badan mereka, sesuai dengan tingkatan mereka dihadapan Allah. Bagi sebagian orang keringat akan menggenang mencapai lutut, bagi sebagian lain mencapai pinggang dan bagi sebagian lainnya mencapai lubang hidung bahkan ada sebagian manusia nyaris tenggelam di dalamnya.
Bagi orang yang beriman akan diberikan syafaat oleh Muhammad, syafaat itu berupa:
  • Dipercepatkan pembicaraan dan dipermudahkannya memasuki Surga,
  • Ditambahkan timbangan pahala supaya lebih berat daripada dosa,
  • Dimasukkan ke Surga tanpa hisab.
Menurut ajaran Islam, manusia yang menerima syafaat di Mahsyar adalah orang Islam yang selalu berzikir, bershalawat kepada Muhammad, ikhlas membantu orang yang sedang kesulitan.
Pada hari ini dinamakan juga "Hari Panggil Memanggil" di dalam Al Qur'an al-Mu'min 32 surah, karena semua orang yang berkumpul di mahsyar sebagian memanggil sehagian yang lain untuk meminta pertolongan.

Hai kaumku, sesungguhnya aku khawatir terhadapmu akan siksaan hari panggil-memanggil. (Al-Mu'min 32)




 NAUNGAN ALLAH























Ketika di Mahsyar, manusia dikumpulkan dalam satu tempoh waktu yang tidak diketahui kerana setiap manusia bermula dari zaman Nabi Adam a.s. hingga ke manusia terakhir akan dibicarakan seorang demi seorang. Semasa berkumpul ini,akan ada manusia yang lapar, dahaga dan sebagainya dan ada juga manusia yang tidak rasa sebegitu. Dalam Al-Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Qiyamah: 10-11: 

"Pada hari itu manusia berkata: "Kemana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" Tetapi dengan kehendak Allah akan terdapat beberapa orang yang mendapatkan naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah dan naungannya. 
Menurut hadis Nabi S.A.W, ada 7 jenis manusia yang dinaungkan di bawah bayang-bayang Allah (orang yang selamat di Mahsyar):


1.       Pemimpin yang adil.
2.       Hati dan jiwa raga bertaut dengan masjid.
3.       Remaja yang memanfaatkan zaman remajanya dengan beribadat kepada Allah.
4.       Mengingati Allah sehingga menitiskan air mata/menangis.
5.       Dua orang yang saling cinta-mencintai karena Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.
6.       Seseorang yang bersedekah tanpa pengetahuan orang lain.
7.       Lelaki yang bila dipelawa oleh perempuan untuk melakukan maksiat, dia menolak  dengan berkata "Sesungguhnya, aku takut kepada Allah".

Kebetulan ada satu soalan dari jemaah surau yang bertanya begini, jika seseorang pemimpin ini adil tetapi dia tidak solat, adakah dia akan masuk syurga terus?soalan dari jemaah tadi sikit sebanyak telah meriuhkan suasana surau tika itu. Masing-masing menoleh kepada kawan disebelah kanan dan kiri. Ada juga ana dengar ketidakpuasan hati, ”Mana boleh macam ini,memanglah bab tanggungjawab dan keadilan dialah orangnya tapi aku tak pernah tengok dia solat, tak akan macam tu leh masuk syurga”.
Hadis ini yang perlu kita fahami, 7 jenis manusia ini HANYA selamat di Mahsyar TETAPI tidak terlepas dari dibicarakan di Mahkamah Allah jika ada suruhan Allah yang lain tidak dikerjakannya. Hanya selepas melalui penghisaban di Mahkamah Allah baru boleh ditentukan ke syurga mahupun ke neraka.

Setakat ini sahaja yang dapat ana kongsikan sebagai peringatan dan manfaat bersama.

bingkisan pesanan: BETTER LATE THEN NEVER. Pada yang tidak pernah berbuat baik, lakukan sekarang. Biarpun kita hanya lakukan sekali adalah lebih baik daripada kita tidak pernah langsung melakukannya. Mana tahu yang satu diterima Allah dari yang banyak tetapi tidak diredhai Allah. Bukan kuantiti itu yang lebih bererti tetapi usaha yang lebih hakiki.
Ingat semua : YOU ONLY LIVE ONCE, BUT IF YOU WORK IT RIGHT, ONCE IS ENOUGH.

maklumat di atas hanya sedikit daripada isi keseluruhan perkongsian ilmu yang ana hadiri. Untuk mengetahui lebih mendalam mengenai MAHSYAR, disarankan untuk mendapatkan buku terbaru hasil karya Datuk Abu Hassan Din Al- Hafiz iaitu Furu' Al-Masail. 

FURU' AL-MASAIL


Farhan Suria
Kuliah Pendidikan Islam & Al-Quran
Bumi Ulul Albab





0 comments:

Post a Comment