Pages

Saturday, July 30, 2011

Hidangan Mahal : Ramadhan Al-Mubarak


Surau Al-Firdaus
Sedutan dari Tazkirah Sempena Ambang Ramadhan Al-Mubarak, Surau Al-Firdaus, 30 Julai 2011 selepas solat maghrib yang disampaikan oleh ana sebagai perkongsiaan buat semua....

Alhamdulilah sebuah hadiah cinta Allah kepada hamba ciptaNYA InsyaAllah akan muncul menjengah kita lagi. Apa yang saya maksudkan sebuah hadiah cinta Allah ialah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Mengapa saya ekspresikan sebagai hadiah cinta Allah kerana pada bulan ini  pelbagai ganjaran pahala Allah hidangkan bagi hambaNYA. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:" Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi." (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari hadith Abu Hurairah RA.) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun.MASYAALAH!!!
Ada juga hidangan yang cukup istimewa dan tersangatlah mahal harganya yang hanya ada pada bulan Ramadhan saja iaitu LAILATUL qadar, salah satu dari malam-malam Ramadhan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda ganjaran pahala adalah lebih banyak melebihi 1,000 bulan. إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤) سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ (٥
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1)Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! / (5)
[Surah Al-Qadr 97: Ayat 1-5]


Jadi disini terpulang pada kita saja sama ada hendak menghargai hidangan itu ataupun tidak. Tepuk dada tanyalah Iman!

MENGHUKUM PUASA

Selalunya bila berpuasa, ada perbuatan/perkara yang sering disalah fahamkan tentang puasa hinggakan kita tertanya-tanya “Pe aku buat tadi, batalkah puasa aku”??? dan tidak ketinggalan jugak yang terus menghukumkannya sebagai batal puasa “Alamak dah batal puasa aku”, atau ada Si Polan ni cakap kat kawan dia “Abu (bukan nama sebenar), puaso engkau dah batal den tengok!!!. Tanpa bersandarkan nas terus saja puasa dikatakan terbatal tapi sebenarnya itu sebahagian daripada percambahan budaya dan adat semata-mata.
Jadi pada malam ini, saya ingin kongsikan beberapa himpunan fatwa yg dikeluarkan oleh tiga org ulama terkenal iaitu Abdul Aziz Ibn Bazz, Muhammad Shalih al-Utsaimin dan Ar-Qaradawi berkenaan beberapa perkara:

Berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung ketika mengambil wuduk. Mengenai hal ini, kebanyakan ulama mengatakan tidak batal puasa. Tetapi bagi kita yang mengikuti mazhab Syafie, ulama mazhab Syafie mengatakan jika berlebihan berkumur-kumur akan membatalkan puasa. Cara yang lebih selamat ialah menjauhi perbuatan yang berlebih-lebihan. Ini bersandarkan pada hadis nabi Muhammad s.a.w., yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmidzi, “Sempurnakanlah wuduk, basuhlah celah-celah jari-jemari mu dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa.”

Bersugi

Seterusnya, adakah orang yang berpuasa boleh menggunakan ubat gigi untuk memberus gigi pada siang hari bulan Ramadhan??? Menurut Ibn Hazz, tidak menjadi masalah memberus gigi dengan ubat gigi, asalkan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak tertelan ubat gigi. Bersugi juga disyariatkan kepada orang yang puasa pada awal pagi dan petang. Ini berdasarkan hadis nabi yang diriwayatkan oleh al-Nasai yang bermaksud, “Bersiwak itu membersihkan mulut dan mendatangkan keredhaan Allah.” Selain itu, ada satu lagi hadis yang menyatakan tuntutan bersugi, “Kalau saja tidak akan memberatkan umat ku, pasti aku perintahkan bersugi pada setiap solat.” Jika diambil daripada keterangan hadis itu, setiap waktu bermakna mencakupi solat Zuhur dan Asar, kedua-duanya berada sesudah tergelincir matahari.

Alat Solek
Ini yang menarik untuk diketahui terutamanya bagi gadis. Saya maksudkan apa hukumnya menggunakan celak atau alat solekan pada siang hari bulan Ramadhan bagi orang yang berpuasa. Ibnu Buzz berpendapat, bercelak tidak membatalkan puasa bagi orang perempuan mahupun lelaki yang memilih untuk menggunakannya. Tetapi bagi yang berhati-hati dalam soal ibadat, menggunakannya pada malam hari selepas berbuka, menjadi keutamaan. Begitu halnya dengan penggunaan krim pelembap, mengenakan mekap dan membasuh muka tidak menjadi kesalahan dan tidak membatalkan puasa kerana hanya disapukan pada kulit luar saja.

OPSSsss....terlupa


Untuk yang terakhir bagi malam ini ialah apa hukumnya orang berpuasa, tiba-tiba dia makan dan minum kerana terlupa? Dan apakah kewajipan orang yang melihatnya??? Al-Utsaimin berpendapat, sesiapa makan atau minum kerana terlupa sedangkan dia berpuasa maka puasanya sah. Tetapi apabila dia teringat kembali bahawa dia sedang berpuasa maka wajib menghentikan walaupun satu suapan atau tegukan yang sudah berada di dalam mulutnya. Maka wajib baginya meluahkan balik makanan yang sudah ada di dalam mulut. Ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasululah s.a.w. bersabda, “ Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah.”
Bagi orang yang melihat perbuatan rakannya makan atau minum kerana terlupa pada bulan Ramadhan, WAJIB mengingatkan rakannya itu. Perbuatan mengingati itu termasuk mengubah perkara yang mungkar Amal Makruf Nahi Mungkar. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w., “Siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah merubahnya dengan tangannnya, jika tidak mampu maka dengan lisannya dan jika masih tidak mampu maka dengan hatinya.” Jadi bagi orang yang melihatnya, tidak ada alasan untuk tidak menegur rakan anda yang terlupa.


Alhamdulilah, diharapkan semoga perkongsiaan saya pada kali ini menambah keyakinan kita bersama untuk menjalani ibadat puasa yang akan menjelma tidak berapa lama sangat ini. Hadiah yang bermakna dari pemilik Alam ini buat kita hambanya. Jangan kita sia-siakan. Mari kita sama-sama menyambut ketibaannya dengan melipatgandakan amal ibadat kita dan ikhwah wal akhwati semua, rajin-rajinkan kaki melangkah ke surau Al-Firdaus yang penuh mahabah ini dengan Terawih dan Jemaah sekali,. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!!!. Moga kita mendapatkan Rahmat/ maghfirah/ keberkatan/ Lailatul Qadr serta kelepasan dari api neraka/ kemasukan ke dalam jannah dan mendapatkan segala kebaikan-kebaikan yang ada pada Bulan Barakah ini.. amin yarabal alamin. 


Farhan Suria
Kuliah Pendidikan Islam & Al-Quran
Bumi Ulul Albab

3 comments:

Unknown said...

menarik ..
satu pertanyaan ..
memakai lipstik juga tidak membatalkan puasa ya?

Miftahul Faraha said...

Syukran krn sudi menjadikan blog ana sbg tatapan.
InsyaAllah bagi ptanyaan PENA ISLAH, ana akan sebaik upaya dgn keberadaan ilmu yg ada ini menjawabnya.

Sepertimana yg ana sebutkan dlm entry di atas, penggunaan alat solek termasuklah semua jenis bahan kecantikan yang diletakkan di kulit luar, baik yang berbau maupun yang tidak berbau, baik untuk pengubatan dan pelembab maupun untuk kecantikan, atau tujuan lainnya, tidaklah MEMBATALKAN PUASA, kecuali jika orang yang memakai bahan tersebut menelannya bersandarkan pada Majmu’ Fatawa Ibnu Baz, 15:260)

Bagi lipstik,lipgloss atau seumpama dengannya tidak juga MEMBATALKAN PUASA. Ini bersandarkan pada pendapat yang dikemukakan oleh Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin yang pernah ditanya tentang hukum menggunakan krim bagi orang puasa, untuk menghilangkan kekeringan di bibir.
“Diperbolehkan bagi seseorang untuk melembabkan bibir atau hidungnya dengan menggunakan krim, atau membasahinya dengan air, dengan kain, atau semacamnya. Namun, perlu dijaga, jangan sampai ada bagian yang masuk ke perutnya. Jika ada yang masuk ke perut tanpa sengaja maka puasa tidak batal. Sebagaimana orang yang berkumur, kemudian tiba-tiba ada bagian yang masuk ke perut tanpa sengaja, puasanya tidak batal.” (Majmu’ Fatawa Ibnu Utsaimin, 19:224)


WAllahu a’lam.
Harap jawapan dari ana jelas menjawab pertanyaan PENA ISLAH.

Kak H said...

Alhamdulillah, saya jumpa entry akhi di iLuvIslam..

Post a Comment