Pages

Saturday, June 11, 2011

An-Nisyan - Lupa

kadang kala kita sering menuduh yang bukan-bukan atas apa yang dia lakukan. padahal sebenar-benarnya ada kebaikan yang amat tinggi nilainya disebalik apa yang dia lakukan itu. mungkin kita terlalu ego dengan sifat kendiri dan emosi yang bercampur baur. nafsu amarah ini bersumpah akan selalu membolak-balikkan hati manusia dengan pelbagai cara sehinggalah mereka berjaya. tatkala nafsu ini menguasai satu-satu anak Adam itu, pasti ada sahaja kes-kes atau masalah yang akan berlaku tanpa kita sedari. kiri kanan kita ada makhluk yang tidak dapat dilihat telah dikirimkan olehNya untuk duduk bersama-sama dengan kita. kita percaya akan kewujudan mereka namun adakah kita mengambil iktibar diatas kehadirannya?
acapkali sahaja kita membuat onar dalam bumi Allah ini tanpa menyedari bahawa setiap tanduk kita akan diperhatikan dan paling menakutkat ianya akan dipersembahkan kembali di Padang Masyhar kelak. Allahuakbar! mengapa kita jadi lemah sebegini sedangkan Al-Quran dan As-Sunnah sudah ada didepan mata sebagai petunjuk mencari kehidupan yang berlandaskn Islam. tapi tidak bagi umat sekarang ini. lantas kita sebagai umat Nabi Muhammad langsung tidak menggunakan imuniti yang telah diberikan Baginda sendiri untuk kita mempertingkatkan amalan seharian . Baginda pada saat akhir hayatnya masih lagi menyebut, "Ummati, Ummati, Ummati...". Baginda juga sudah berusaha untuk mempermudahkan kita dengan naik turun untuk bertemu Allah semata-mata mahu meringankan waktu solat yang 50 kali sehari kepada 5 kali sahaja. Baginda juga telah meminta kepada Allah supaya umatnya semua akan masuk ke Jannah walaupun sudah sekian lama berada di Nar setelah selesai sahaja hukuman di sana. lihatlah betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhammad Habibullah ini untuk umatnya. haruslah kita sedar betapa kecil dan hinanya kita dihadapan Allah. Kekasih Allah sendiri masih lagi banyak memperhambakan diri kepada Nya walaupun dirinya tahu yang bakal menjadi penduduk Jannah tanpa dihisab (makthum). muhasabahlah diri setiap ketika kerana kita tidak tahu ajal maut bila akan tiba. pintu Taubat masih terbuka luas dan hanya tertutup ketika hampirnya saat Kiamat tiba. Pencipta kita Rabbul'izzati amat bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim namun kita sahaja tidak mahu nampak, kita yang buta.

0 comments:

Post a Comment