Pages

Tuesday, February 1, 2011

Gurauan Boleh Membawa Kepada Penghinaan dan Pengaiban?

Sabda Rasulullah SAW:

Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari Kiamat kelak" 
(Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)

entri pertama daripada saya mengenai hadis. sebenarnya hadis ini saya telah membacanya di salah sebuah majalah kanak-kanak yang berunsurkan ilmiah Islamiah, Ana Muslim Edisi ke-54.  sedang2 saya berehat selepas solat Isyak, melihat sahaja majalah ini terus saya membelek2nya. bukan apa, halaman muka depan yang bewarna-warni menyebabkan saya tertarik untuk mahu membacanya. selak punya selak akhirnya, sampai kepada slot Nilai Murni Daripada Al-Quran dan As-Sunnah. dalam slot ini, terpapar hadis yang telah saya nyatakan seperti diatas. haa, walaupun ringkas hadis ini tetapi huraian amat mencakupi dalam lingkungan kehidupan seharian kita. :))

inilah majalah yang saya katakan, hehe.


baiklah. dalam seharian kita menjalani kehidupan, amat memerlukan kepada kita untuk ketawa bergembira dan tanpanya pasti suram serta tidak ceria dalam apa yang kita tempuhi. namun, adakalanya kita tidak perasan dimana dalam kita bergurau senda tidak kiralah bersama keluarga tersayang mahupun sahabat handai, ada diantara mereka yang terasa hati dengan gurauan kepadanya dimana pelbagai kata2 buruk mahupun cacian yang telah kita lemparkan padanya. kita memang tidak menyedarinya, tetapi bagi mereka yang terkena dengan gurauan "berbisa" baginya itu cukup terkesan didalam lubuk hatinya. saya juga tidak terkecuali berada dalam golongan ini, adakalanya memang berlebihan dalam bergurau itu. macam2 kata yang kita semburkan kepadanya, sampaikan tidak sedar dimana gurauan itu kita telah mengaibkan orang lain. na'uzubillah. pernah saya mendengar, kalau sudah berkawan baik tatkala bergurau malahan dengan kasar; mereka saling tidak kisah dengan gurauan walau sekasar mana pun. tetapi dari sudut pandangan saya, hati naluri manusia tidak ada sesiapa yang tahu apakah perasaan yang mereka alami walaupun terpancar senyuman atau gelak ketawa dari wajah mereka. samalah juga seperti seorang ibu. mana mungkin si ibu menyatakan penderitaan kesakitan yang dialaminya, tidak akan pernah bagi mereka mengadu malahan mereka akan cuba menyorokkan penderitaan itu.

oleh itu, pabila kita bergurau senda haruslah beringat dimana sebaiknya berpada-pada dalam gurauan itu. janganlah berlebih-lebihan sehingga orang disekeliling akan berasa benci dengan kita dan menyebabkan kita akan dipinggirkan oleh sesuatu kelompok/kumpulan yang kita duduki. belajarlah hidup bermasyarakat  dengan secara berhikmah kerana mana mungkin kita mampu hidup berseorangan di dunia, sedangkan Nabi Adam Alaihissalam pun amat memerlukan teman di Syurga Allah sehinggalah terciptanya Hawa daripada rusuk Nabi Adam Alahissalam sendiri.

wallahu'alam. (^_^)

p/s: hari ini hari kelahiran adik saya, Alang. nak wish tak dapat sebab dia kat hostel. dia pun tak ada call. pendam je lah wish saya tu padanya, huhu. sanah helwah, ya Muhammad Zaid. :))

2 comments:

saibah said...

salam ziarah :)

yup , mmg gurauan kengkadang boleh membawa kpd penghinaan dan keaiban seseorg :) .

Miftahul Faraha said...

salam ziarah kembali. syukran ye bace entri untuk kali nie. xsalah kalau kite bergurau tapi itulah ada mase kite xsedar akan kesilapan kite 2, main lepas ape yang nak dikate. pape pun, pengalaman banyak membantu dalam perubahan diri ke arah yang lebih baik. :))

Post a Comment