Pages

Thursday, February 3, 2011

Menutup Aurat: Hijab/Tudung.

Salam sayang dariku untuk semua. Dah macam nak bermanja-manja pula saya dengan para pembaca kan, hehe. Sahaja saya katakan salam yang sebegitu, kita kan berukhuwah sesama Islamiah. :)) entri kali ini? Hmm, ingin saya berkongsi pendapat mengenai aurat. namun pengkhususan saya ingin terapkan kepada pemakaian tudung/hijab dalam kalangan kaum Hawa zaman kini. Mengapakah isu tudung yang saya utarakan kali ini? Pemikiran semasa sekarang terus meng"set"kan bahawa menutup aurat adalah hanya bertudung sahaja tanpa melihat akan apakah sebenarnya "aurat" itu. Dsini saya sertakan beberapa ayat hukum Al-Quran, hadis Rasulullah serta pendapat-pendapat ulama mengenai penutupan aurat. 

Dalil-dalil Hukum Mengenai Menutup Aurat.
Firman Allah SWT:

Mafhumnya:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke paras dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau sudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah An-Nur:30-31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59])
 Yang di maksud wa laa yubdiina ziinatahunnaa (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah
illa maa zhahara minhaa [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud
kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan
Rasulullah SAW sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah SAW kepada Asma’ binti Abu Bakar:

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
Terdapat pelbagai jenis mahupun corak tudung yang dijual dipasaran. amat cantik mutu kain serta corak-corak yang di perkenalkan. Namun, adakah kita ini bertudung hanya kerana ingin mendapat pujian dan kecantikkan pada pandangan manusia sekeliling? Pernahkah kita terfikir untuk bertudung hanya kerana mahu mendapat maradhatillah(keredhaan Allah) dan lindungan rahmat Allah SWT? Jarang sekali kita memikirkan tentang perkara-perkara sebegini. Namun, saya sering berfikiran positif kepada mereka yang bertudung tetapi seperti tidak bertudung. Tetap saya berikan mereka pujian, bukannya bermaksud hipokrit tetapi sebagai kata-kata bimbingan dan semangat kepada mereka. Yelah, kalaulah saya terus mengutuk mereka mengatakan tudung mereka buruk dan pemakaian yang seperti acuh tidak acuh secara tidak langsung saya mematikan niat murni mereka untuk bertudung. Kan? Berdakwah secara berhikmah dan versetile. Itulah yang perlu diterapkan oleh para pendakwah masa kini, perlu serasi dengan keadaan setempat dan masyarkat sekeliling. Amat sukar namun itu yang saya cuba terapkan dalam diri secara perlahan-lahan. insyaAllah. :)) Gambar dibawah sedikit sebanyak menerangkan akan pemakaian tudung/hijab yang seperti dituntut oleh syariah Islamiah:
Pemakaian Yang Dituntut Oleh Islam.
Islam tidak pernah melarang umatnya berfesyen serta menetapkan pakaian apakah yang patut dipakai sebagai landasan untuk kita menutup aurat. Dalam Al-Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah sendiri pun tidak ada langsung menyatakan jenis pakaian yang sepatutnya dipakai untuk umatnya khususnya dalam pemakaian tudung. Namun dalam kita berfesyen, isu ber"tabarruj" perlu kita pegang dengan sebaik-baiknya. Tabarruj merupakan wanita yang memperagakan keindahan dirinya tidak kiralah wajah atau pakaian yang dipakai sehingga menyebabkan timbulnya rasa syahwat kaum berlawanan jenis daripadanya(lelaki). tabarruj merupakan satu virus yang menular secara perlahan-lahan diaman ianya dinampak kecil tetap impaknya amat besar terhadap umat Islam sejagat. Tabarruj untuk dilihat oleh suami tidak salah malahan mendapat pahala disisi Allah SWT. Tetapi tabarruj yang dilarang adalah berhias untuk diperlihatkan oleh masyarakat sekeliling.
Dalil Mengenai Tabarruj. 
Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” (Surah Al-Ahzab:33)
Dan Hadis Rasulullah  SAW:
Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat At-Tirmidzi dan Bazzar)

Abul A’la al Maududi berkata:
Jika kalimah tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna:
 (i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);
(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing dan memperlihatkan dirinya, "make-up"nya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. Dalil yang mengukuhkannya adalah:
"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina (Riwayat Abu Musa al-Asy’ari).



Tudung Yang Berfesyen(Menutupi Aurat).
Disini saya sertakan beberapa gambaran jenis tudung berfesyen sebagaimana yang telah digarispanduankan oleh Islam. Dimana tudungnya dilabuhkan ke bawah paras dada dan tidak jarang jika dilihat oleh mata kasar. Cantik dilihat oleh Allah dan cantik juga dilihat oleh kita semua. :))


siap berenda-renda lagi tudung. :))





Kesalahan Dalam Pemakaian Tudung.
Disebabkan arus zaman moden, pelbagai jenis tudung telah difesyenkan serta dikomersialkan. Dengan ini wujudlah para pereka fesyen tudung yang ingin mereka tudung yang selaras dengan peralihan zaman 2020. Namun, terdapat sedikit kesalahan dalam rekaan tudung oleh segelintir pereka fesyen ini. Mereka tidak merujuk kepada ayat hukum Allah serta pendapat ulama'-ulama' dimana pemakaian tudung yang manakah yang menepati ciri-ciri yang telah digaris oleh Islam sendiri. Dibawah saya sertakan pemakaian tudung yang tidak mengikut piawai Islam yang sebenar. Sebelum itu, disini terdapat rajah yang menyatakan kesalahan yang terdapat semasa berpakaian.


jika kurang jelas, sila "right" klik untuk "new tab" untuk imej yang lebih terang.
kesalahan bertudung: tidak menutupi hingga ke bawah paras dada.

kesalahan bertudung: tidak menutupi hingga ke bawah paras dada.

kesalahan bertudung: tidak menutupi hingga ke bawah paras dada dan kelihatan jarang pabila dilihat.

kesalahan bertudung: tidak menutupi hingga ke bawah paras dada dan kelihatan jarang pabila dilihat.

kesalahan bertudung: tidak menutupi hingga ke bawah paras dada dan kelihatan jarang pabila dilihat. tambahan: berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan.


Tudung Jenis Bawal
Tudung jenis ini merupakan tudung yang amat popular dalam kalangan masyarakat Islam hari ini di Malaysia. Jika dilihat pada fabriknya, amat jarang jika dilihat dalam satu lapisan. Tetapi jika dililit atau diikat secara berlapisan tidak akan jelas kelihatan jarang pada fabrik tudung ini. Dan sebaiknya carilah tudung yang berbidang besar seperti bidang 50 atau 60, supaya dapat menutupi paras dada serta tidak kelihatan jarang pabila dipakai. Dibawah ada dipaparkan jenis-jenis tudung bawal yang saya maksudkan:




disini dapat kelihatan betapa jarangnya tudung bawal jika dikikat dalam satu lapisan, sehinggakan tidak menutupi bawah paras dada.

jarang bukan jenis fabrik tudung sebegini?
jika dilabuhkan ekor tudung ke hadapan bagi menutupi paras dadanya, bukankah lebih baik. :))


Pemakaian Tudung Yang Bersanggul Tinggi.
Sabda Rasulullah SAW: 
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka(isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” (Riwayat Ahmad)

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini.” (Riwayat Muslim)



Pemakaian Tudung Yang Merupai Agama Lain. 



Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)." (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.) 

Konklusi(Pada Pandangan Saya).

walaupun old fashion, tapi tutup aurat sepenuhnya. ;))

pasangan zauj dan zaujah yang saya suka sangat-sangat, Dr. Farhan Hadi dan Ustz. Fatimah Syarha.

sejuk mata memandang. ;))

sekali lagi! hehe.

Bagi saya, sebaiknya dalam pemakaian tudung adalah yang betul-betul tidak akan menarik pada pandangan yang bukan mahramnya(lelaki). Ini kerana jika saya sebagai lelaki tidak tertarik kepada wanita yang bertudung sebegini, mata hati serta nafsu saya akan secara tidak langsung terjaga daripada melihat wajah wanita itu secara berterusan. Bukannya ingin melabelkan wanita yang bertudung sebegini tidak menarik namun pada saya biarlah menarik pada mata Allah. Namun, janganlah sampai mengabaikan kekemasan diri sehingga senget atau tidak terurus dalam pemakaian tudung. Seperti yang saya huraikan diatas, tidak salah unutk berfesyen asalkan ianya selaras dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah. serta menjaga batas-batas tabarruj. Janganlah dalam berfesyen sanggup mahu men"sekular"kan agama Islam sendiri. Dalam Islam, niat tidak pernah menghalalkan cara. carilah alternatif dalam menyelesaikan sesuatu perkara seperti ingin berfesyen dalam bertudung. insyaAllah, niat berfesyen anda akan diredhai Allah SWT. masih tidak terlambat untuk kita berubah ke arah yang lebih baik dan jangan mencari alasan dalam sesuatu perubahan itu. 

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.”
(Surah Ar-Ra'd:13) 

wallahua'lam.
barakallhufikum. (^_^)

p/s: 
i. kredit kepada Dya Adriza, untuk Kempen Menutup Aurat. selamat membacalah ye, hehe.
ii. info tambahan yang menarik: mengenai apakah kaitannya menutup aurat dengan sains. klik disini.

6 comments:

Khalil Zaini said...

Terima kasih atas perkongsian yang baik.
Semoga dapat memberi kemaslahatan kepada pembaca.

Miftahul Faraha said...

Sama-sama. Hidup seharusnya rajin memberi. Teruja tatkala kelihatan komen ahli Mantan Minggu Penulis Remaja untuk entri untuk kali ini. Hehe. :))

**oqis** said...

nice entry paan...keep it up..

dya adriza said...

paan.. aku teruja dgn entry menarik ko nih. mmg sgt sesuai utk entry seorg ustaz. thumbs up!

nway, tq credit utk aku ek. trkejut aku rmai org singgah link tu hehe~

uNiqUe oRgaNisM said...

best la abg.......ip_r...hehehe

Miftahul Faraha said...

balqis: thanx2.

dyan: alhamdulillah, ini yang semampu yang dapat aku berdakwah. :)) banggalah ko, blog dah ramai orang tahu. kena balas balik nie jasa baik aku. hehe.

asyraf: abang ip_r? ishh. :pp

Post a Comment