Pages

Tuesday, May 3, 2011

Tawakal Dalam Teori dan Praktik


Sudah lama ana tidak menulis. Kehangatan  yg terasa dimalam tadi membuatkan ana tidak lena tidur maka memaksa ana mencapai laptop dan mencoret sesuatu yg ringkas saja untuk ruangan blog untuk sekian lamanya dibiarkan sepi tidak berisi.
Beberapa minggu lepas ana dihubungi seorang rakan. “Ada gangguan sikit mohon dibantu untuk kalau boleh dibuatkan air syifa barang 1 botol. Makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini”. Begitu kurang lebih bicara teman ana mohon pertolongan. Mulanya berat jua hati ini hendak membantu tetapi difikirkan jika tidak membantu apa pula peranan ana sebagai bakal ustaz. Nanti-nanti dah jadi ustaz lagi banyak yang perlu ana hadapi dan tolongi. Berbekalkan sedikit ilmu yang ana ada dari DARUL SYIFA, ana pun sudi menghulurkan bantuan. Sedikit peringatan ana kirimkan pada teman ana, setelah kita berikhtiar, Tawakal pulalah yang patut mengambil tempat di antara kedua-duanya tadahlah tangan berdoa.


BERTAWAKAL YANG SEJATI
Ramai orang telah mengertikan tawakal dengan pelbagai lontaran tersendiri. Ada begini ada pula begitu. Kerna itu ana terpanggil untuk berkongsi idea bersama untuk menghilangkan keraguan.


"Tawakal iaitu menyerahkan keputusan segala perkara, ikhtiar dan usaha kepaada Allah, Tuhan Semesta Alam, yang maha kuat dan kuasa."


Tidaklah keluar dari garis tawakal andai kita berusaha menghindarkan diri dari kemashalatan, baik yang menimpa diri, harta benda maupun anak keturunan. Juga baik kemashalatan yg sedia ada atau boleh jadi akan datang kemudian nanti. Tidaklah bernama tawakal jikalau kiranya kita tidur di bawah pohon yang lebat buahnya umpamakan seperti pokok durian yang cukup masa buahnya akan gugur jatuh ke bawah. Kerana kalau buah itu jatuh, kita ditimpanya, itu adalah disebabkan kesia-siaan kita kerna resmi buah jatuh dari atas ke bawah mana mungkin dari bawah nak jatuh ke atas.


Terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w, seorang pengembala tidak mengikat untanya, sehinggakan unta itu terlepas, kerana si pengembala itu hanya bertawakal kepada Allah. Perbuatannya itu tidak dipersetujui oleh Baginda, lalu Baginda berkata kepada orang itu, Ikatlah dahulu untamu, barulah bertawakal”
Ada lagi kisah yang boleh dijadikan perkaitan. Ingatlah ketika Rasululah s.a.w berhijrah meninggalkan negeri Makkah hendak ke Madinah, Baginda bersembunyi di dalam gua di atas Jabal Tsur ketika dikejar oleh kafir Quraisy, berdua bersama sahabat tercinta Abu Bakar As- Siddiq. Setelah bersembunyi dan tidak kelihatan oleh musuh lagi, barulah Baginda berkata kepada sahabat akrabnya itu! ”Jangan takut, Allah ada bersama kita” iaitu berserta mereka setelah mereka bersembunyi. Cuba kalau Rasulullah tidak berusaha untuk mencari jalan bersembunyi lalu Baginda terang-terangan menampakkan dirinya, padahal musuh sebanyak itu, tentu sekali dia akan tertangkap atau binasa lantaran ketidakusahaan untuk menyelesaikan sesuatu.


Kisah ini menggambarkan kita perlu berusaha sedaya mungkin untuk mencari jalan barulah boleh beralih kepada pengharapan kepada Allah. Orang-orang yang seperti  ini mereka itulah ’mutawakkil, bertawakal yang sejati, tawakal yang dalam teori dan praktik. Memang diakui bahawa kita tidak dapat menyelesaikan sesuatu melainkan dengan izin Allah jua tetapi tidaklah boleh terus saja kita lari kepada takdir, kalau ikhtiar belum sempurna itu yang terkeluar dari tawakal dalam teori dan praktik.

FORMULA TAWAKAL
Disini ana analogikan suatu situasi untuk menambah kefahaman.


Si polan memastikan semua bahagian pintu tingkap rumahnya berkunci sewaktu kepergiaannya pulang ke kampung untuk beberapa hari.


Intisarinya segala pekerjaan ini haruslah diingat yakni ketika pintu dikuncikan, kita akui bahawa tidak ada kekuasaan apa-apa pada kunci itu, si polan hanya semata-mata ikhtiar. Dengan hati tulus ikhlas kepada Ilahi, si polan menambah usahanya dengan berdoa memohon moga-moga rumahnya dilindungi. Kemudian barulah si polan bertawakal pulang ke kampung. Formulanya ana mudah kan begini, Usaha dan barulah pindahkan kepada tawakal di antara kedua ini ana letakkan berdoa.
  
USAHA <------------------> TAWAKAL
DOA

MENGUBATI PENYAKIT
Serupalah dengan tawakal kepada Allah dalam mengubati penyakit. Berubat ketika sakit, tidak mengurangi tawakal. Sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya akan penawarnya, maka hendaklah kamu semua berubat.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan an-Nasa'i ).


Tersebut dalam Musnad Imam Ahmad dan suatu riwayat dari Abu Khuzamah, bahawa ada orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

'Tangkal penyakit atau ubat yang kita ambil perubat itu atau penjagaan kita kepada diri kita, dapatkah semuanya menolak takdir yang telah ditentukan, ya Rasulullah?"


Jawab Baginda: "Berubat itupun takdir juga".


Bukan sekali dua Rasulullah menyuruh sahabat-sahabatnya berubat. Di zaman Rasulullah s.a.w, berbekam dan berubat dengan madu lebah adalah perbuatan yang biasa terpakai oleh mereka. Baginda sendiri berbekam dan meminum ubat. Bahkan sehari dua sebelum meninggal, Baginda masih minum ubat. Beberapa ulama antaranya Ibnu Qayyim telah mengarangkan kitab khusus mengenai ubat-ubat yang dipakai Nabi s.a.w



Jadi mengapa kita hanya mengangkat bendera putih, mengangkat kedua tangan ke atas menyerah hanya pada ketetapan tanpa ada keberusahaan untuk menyelesaikan sesuatu. Bak cerita dongeng penglipur lara umpama Mat Jenin yang hanya berangan-angan akhirnya terjun dengan labu-labunya. ADOI….tak dapat doh den nak nolongnye. Akhir kalam apa yang dirungkaikan ana diharap dapat memberikan lebih kefahaman kepada konsep tawakal yang biasa kita dengar tetapi amat jarang yang betul-betul memahaminya.

Bingkisan Pesanan:
Allah yang mengadakan penyakit, DIA juga mengadakan ubatnya. Cuma mati yang tidak dapat diubati, kerana Kematian itu bukanlah penyakit.

Sharing is Caring.
Selawat Syifa'. jadikan amalan seharian. InsyaAllah amat bermanfaat. syukran untuk penyumbang bacaan akhi MUNIFF HIJAZ. one of my favourite nasyid vocalist.



3 comments:

SaAt, WaKtU DaN KeTiKa said...

salam ziarah, wah2...ade blog rupenye...nice entry..teruskan bertinta untuk Islam..salam perjuangan.. TAKBIR..!!!Allahuakbar..~

Miftahul Faraha said...

salam ziarah. syukran2 sudi baca entri saya ini,huhu. asif, nak tanya sedikit. siapa ini ya? :))

SaAt, WaKtU DaN KeTiKa said...

Miftahul Faraha..spe..??sa'adah mokter la..~

~SaAt, WaKtU DaN KeTiKa~

Post a Comment