Pages

Wednesday, February 2, 2011

Kiamat Datang Menjelma.(Versi Sajak dan Nyanyian)

Kiamat Datang Menjelma.
Lirik: Cikgu Ahmad Rafaie b.Ayudin.
Lagu: Raden, Taqiuddin, Rusydi, Afiq, Farhan.



Cubalah kita renungkan,
Manusia melupakan janjinya,
Terbelenggu oleh hawa nafsu,
Sentiasa mudah alpa,
Bergelumang dengan dosa,
Mengundang bahaya.

Tanpa pernah menyesali,
Seolah-olah maut,
Dapat dihindari,
Memilih jalan yang salah.
Jauh daripada Allah,
Hidup tidak berkat,
Menolak maghfirah.


Ujian datang melanda,
Bertimpa-timpa bencana,
Barulah kita terasa,
Ingat pada Yang Esa.

Andai waktu itu,
Ombak datang bergulung,
Bumi hancur berderai,
Kiamat datang menjelma,
Bersediakah kita,
Kembali bertemu denganNya,
Janganlah kita nanti,
Menjadi orang yang rugi.

Gagal jadi khalifah,
Pemimpin tentuan Ilahi,
Tidak tergolong Ashabul Maimanah.


sajak ini sebenarnya dah lama sangat rasanya, zaman di Ting.5 lagi. masa 2 diadakan satu pertandingan nyanyian sajak peringkat daerah Hulu Langat. sekolah saya menghantar wakil pasukan yakni saya sendiri dan rakan2 yang lain. namun nasib tidak menyebelahi kami, kami telah kalah. namun xsalah kan mencuba dalam sesuatu perkara lebih2 lagi berdakwah dalam versi nyanyian seperti ini. ;)) antara ahli dalam pasukan ini adalah:

i.    Afiq (penyajak 1)
ii.   dah lupa nama dia tapi yang penting junior bawah setahun, hehe. (penyajak 2)
iii.  Rusydi (penyanyi 1)
iv.  Taqiuddin (penyanyi 2)
vi.  Raden (pemain instrumen gitar)
vii. Farhan (penyanyi 3, saya sendiri)

kat sini ada tau rakaman rehearsal untuk nyanyian sajak ini. klik sahaja butang "Play" pada player diatas 2 untuk dengar. maaf ye kalau tak jelas sangat kedengaran sebab guna hp untuk rakam audio rehearsal ini. tapi saya dah convert dari format AMR ke mp3. selamat mendengar ya! 

wallahua'lam.
barakallhufikum. (^_^)

p/s: jika anda celik pendengaran, rangkap manakah yang saya nyanyikan? hehe. :pp

2 comments:

استاذة ليلا said...

waaa~ paan memang penyanyi :)

Miftahul Faraha said...

penyanyilah sangat aku nie kan, laila. tapi aku memang suke nyanyi2 pun. hobi. hehe. :pp

Post a Comment