kadang kala kita sering menuduh yang bukan-bukan atas apa yang dia lakukan. padahal sebenar-benarnya ada kebaikan yang amat tinggi nilainya disebalik apa yang dia lakukan itu. mungkin kita terlalu ego dengan sifat kendiri dan emosi yang bercampur baur. nafsu amarah ini bersumpah akan selalu membolak-balikkan hati manusia dengan pelbagai cara sehinggalah mereka berjaya. tatkala nafsu ini menguasai satu-satu anak Adam itu, pasti ada sahaja kes-kes atau masalah yang akan berlaku tanpa kita sedari. kiri kanan kita ada makhluk yang tidak dapat dilihat telah dikirimkan olehNya untuk duduk bersama-sama dengan kita. kita percaya akan kewujudan mereka namun adakah kita mengambil iktibar diatas kehadirannya?
Saturday, June 11, 2011
Tuesday, May 3, 2011
Tawakal Dalam Teori dan Praktik
Sudah lama ana tidak menulis. Kehangatan yg terasa dimalam tadi membuatkan ana tidak lena tidur maka memaksa ana mencapai laptop dan mencoret sesuatu yg ringkas saja untuk ruangan blog untuk sekian lamanya dibiarkan sepi tidak berisi.
Beberapa minggu lepas ana dihubungi seorang rakan. “Ada gangguan sikit mohon dibantu untuk kalau boleh dibuatkan air syifa barang 1 botol. Makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini”. Begitu kurang lebih bicara teman ana mohon pertolongan. Mulanya berat jua hati ini hendak membantu tetapi difikirkan jika tidak membantu apa pula peranan ana sebagai bakal ustaz. Nanti-nanti dah jadi ustaz lagi banyak yang perlu ana hadapi dan tolongi. Berbekalkan sedikit ilmu yang ana ada dari DARUL SYIFA, ana pun sudi menghulurkan bantuan. Sedikit peringatan ana kirimkan pada teman ana, setelah kita berikhtiar, Tawakal pulalah yang patut mengambil tempat di antara kedua-duanya tadahlah tangan berdoa.
Labels:
Berfikir Jalan Keimanan,
Lautan Pemikiran
Sunday, May 1, 2011
Pada Sebuah Nilai
"DUNIA HANYA BERNILAI BILA MANA DIMANFAATKAN UNTUK AKHIRAT"
Katakanlah pada suatu hari, datang seorang pemuda tampan yang sudah lama diminati melamar diri anda, dalam masa yang sama dia menjadi rebutan ramai muslimah di kolej anda, padahal anda bukanlah seorang wanita yang dirasakan layak, jauh sekali memikirkan bahawa situasi ini akan berlaku kepada diri? Ketika itu anda adalah orang yang paling bertuah kerana apa yang diidamkan selama ini datang di depan mata. Hati hanya berkata: “Inilah nikmat”.
Labels:
fikrah
Thursday, February 10, 2011
Jauh Lebih Baik.
“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya, jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan ke dalam neraka Hamiah.”
Di sini ( Dunia ) kita menanam,
Di sana ( Akhirat ) kita menuai.
Di sana ( Akhirat ) kita menuai.
Thursday, February 3, 2011
Menutup Aurat: Hijab/Tudung.
Salam sayang dariku untuk semua. Dah macam nak bermanja-manja pula saya dengan para pembaca kan, hehe. Sahaja saya katakan salam yang sebegitu, kita kan berukhuwah sesama Islamiah. :)) entri kali ini? Hmm, ingin saya berkongsi pendapat mengenai aurat. namun pengkhususan saya ingin terapkan kepada pemakaian tudung/hijab dalam kalangan kaum Hawa zaman kini. Mengapakah isu tudung yang saya utarakan kali ini? Pemikiran semasa sekarang terus meng"set"kan bahawa menutup aurat adalah hanya bertudung sahaja tanpa melihat akan apakah sebenarnya "aurat" itu. Dsini saya sertakan beberapa ayat hukum Al-Quran, hadis Rasulullah serta pendapat-pendapat ulama mengenai penutupan aurat.
Dalil-dalil Hukum Mengenai Menutup Aurat.
Firman Allah SWT:
Mafhumnya:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke paras dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau sudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah An-Nur:30-31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59])
Wednesday, February 2, 2011
Kiamat Datang Menjelma.(Versi Sajak dan Nyanyian)
Kiamat Datang Menjelma.
Lirik: Cikgu Ahmad Rafaie b.Ayudin.
Lagu: Raden, Taqiuddin, Rusydi, Afiq, Farhan.
Cubalah kita renungkan,
Manusia melupakan janjinya,
Terbelenggu oleh hawa nafsu,
Sentiasa mudah alpa,
Bergelumang dengan dosa,
Mengundang bahaya.
Tanpa pernah menyesali,
Seolah-olah maut,
Dapat dihindari,
Memilih jalan yang salah.
Jauh daripada Allah,
Hidup tidak berkat,
Menolak maghfirah.
Manusia melupakan janjinya,
Terbelenggu oleh hawa nafsu,
Sentiasa mudah alpa,
Bergelumang dengan dosa,
Mengundang bahaya.
Tanpa pernah menyesali,
Seolah-olah maut,
Dapat dihindari,
Memilih jalan yang salah.
Jauh daripada Allah,
Hidup tidak berkat,
Menolak maghfirah.
Subscribe to:
Posts (Atom)


