Surau Al-Firdaus |
Sedutan dari Tazkirah Sempena Ambang Ramadhan Al-Mubarak, Surau Al-Firdaus, 30 Julai 2011 selepas solat maghrib yang disampaikan oleh ana sebagai perkongsiaan buat semua....
Alhamdulilah sebuah hadiah cinta Allah kepada hamba ciptaNYA InsyaAllah akan muncul menjengah kita lagi. Apa yang saya maksudkan sebuah hadiah cinta Allah ialah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Mengapa saya ekspresikan sebagai hadiah cinta Allah kerana pada bulan ini pelbagai ganjaran pahala Allah hidangkan bagi hambaNYA. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:" Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi." (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari hadith Abu Hurairah RA.) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun.MASYAALAH!!!