Pages

Wednesday, December 15, 2010

25 = Khamsah wa Isy'runa

salam alaik. agak lama untuk diri ini tidak menulis entri; mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja rumah, mungkin kerana pelbagai masalah yang seringkali dialami tak berhenti-henti. sekarang sudah pun masuk ke tahun baru Hijrah, selamat menyambut Ma'al Hijrah 1432H. agak lambat juga untuk ucapan ini namun tidak ada salahnya bukan? :)) buka-buka sahaja blog terdapat tag daripada zumiela7. terkejut juga apa yang di tagnya, hairan bin ajaib. setelah membelek-belek apa yang dia mahukan, inilah 25 Perkara Mengenai Mihtahul Faraha.

- masih menuntut; dalam jurusan Pengajian Al-Quran dan Islam(Perguruan).
- masih ada keluarga tersayang; Alhamdulillah. :))
- amat mudah menangis; tersentuh hati dalam apa-apa pun perkara.
- suka makan coklat, kek dan donut.
- sudah mula minat cerita Korea. (adik-adik mula mengajar)
- sudah ada kenderaan sendiri; masih berhutang. (beroda empat)
- sering potong rambut; botak no.3.
- suka menyimpan duit sampai dikatakan kedekut.
- kawan sebilik orang Kedah.

Friday, December 3, 2010

Sijil Tinggi Agama Malaysia - STAM.

alhamdulillah, segala yang ku lalui hari ini ke semuanya dapat di tempuhi dengan baik. pada paginya saya bersama mak dan adik perempuan, Angah ke Banting. Angah nak ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Tunku Ampuan Rahimah(SAMTTAR) kerana hendak ambil borang pendaftaran asrama di sana. Angah ingin sambung belajar dalam aliran agama, Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM). dahulunya saya pun begitu tetapi setelah dapat tawaran ke IPGM, saya berfikir dengan sebaik-baiknya dan berbincang dengan keluarga. akhirnya, saya telah mengambil keputusan untuk ke IPGM dalam jurusan Pengajian Al-Quran & Islam. rugi juga bila di fikirkan kerana sudah hampir 3 bulan saya menduduki STAM dan hampir banyak ilmu yang telah didapati, namun semua yang berlaku mungkin ada hikmah di sebaliknya kan. alhamdulillah. :))

entri kali ini ingin saya kongsikan bersama apakah itu STAM. dalam tempoh 3 bulan di dalam sistem STAM ini, banyak juga yang telah dipelajari. segala kitab-kitab dan silibus yang digunakan ke semuanya berasal daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. pertama kali melihat kitab-kitab tersebut, MasyaAllah. tebal-tebal sungguh namun tidaklah kesemuanya. antara kitab yang tebal dimana boleh menggerunkan para pelajarnya adalah Iqna'(Feqah) dan Nahu Sorof(Tatabahasa Arab). tapi, bukan kesemuanya pun yang perlu dipelajarinya. sebagai contoh subjek Feqah, hanya setengah kitab sahaja yang perlu dihafal dan dipelajari. setengahnya lagi kebanyakkan huraian yang ghalib sahaja. setakat ini hanya setahun sahaja tempoh yang perlu dilalui untuk menghabiskan STAM ini. disini, saya telah titipkan bersama pengenalan bagi mereka yang masih tercari-cari apakah itu STAM. harap ianya dapat membantu sedikit sebanyak bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya.

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Apa itu STAM?

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif. Peperiksaan lisan dijadualkan akan bermula pada bulan Julai 2000 dan peperiksaan bertulis pada bulan November/Disember 2000.

Wednesday, December 1, 2010

Salahuddin Al-Ayubi, Penakluk Jerusalem.

alhamdulillah, kenyang perut ini setelah makan nasi lemak homemade buatan ibu sendiri. mana tidaknya, hari-hari hujan dan bila hujan sudah semestinya cuaca sejuk. bila cuaca sejuk dan bertambah dingin, lantas perut akan bermula keroncong. kalau di maktab, pasti akan terkenang-kenang masakan ibu. oleh itu, selagi kita masih berdekatan dengan ibu selagi itulah kita makan di rumah ya, jangan selalu makan di kedai atau warung-warung. hayati makanan air tangan buatan ibu. banyak KEBERKATANnya. insyaAllah. :))

inilah dia nasi lemak homemade yang saya ceritakan tadi, sedapkan? :))

entri kali ini ingin saya kongsikan bersama akan apa yang telah saya baca. pernahkah anda terdengar akan empunya nama SALAHUDDIN AL-AYUBI?

Coretan Anak Sulung.

agak bosan untuk cuti semester yang panjang sebegini, hampir-hampir buntu untuk memikirkan apa yang patut dilakukan sebagai pengisian minda diri yang efektif. namun dengan menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung, ada juga kerja-kerja yang diminta untuk dilakukan oleh emak. hantar emak ke pasar, ke sekolah, hantar adik-adik berjalan. adik-adik juga masih kecil, bersepah rumah dibuatnya. siksa juga melihat gelagat adik-adik yang masih kecil, sampaikan satu tahap turut diri ini terlibat dalam pergaduhan kecil mereka. sekejap bergaduh sekejap berbaik. menjerit dan tangisan merupakan perkara biasa, halwa telinga boleh dikatakan. mana tak nya, seharian menghadap mereka tetapi hakikatnya saya gembira. saya menuntut ilmu jauh nun disana, di Pantai Timur. bukan selalu dapat bertemu dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan adik-adik perempuan yang kecil-kecil.
 inilah yang mereka yang saya maksudkan, dalam gambar ini bukan main mesra. bila masa bergaduh, hanya Allah yang tahu. :))